Sabtu, 26 September 2009

APABILA PENYELAMAT TIBA

DENGAN NAMA ALLAH, MAHA PEMURAH, MAHA MENGASIHANI

Apabila penyelamat tiba
Banyak golongan yang terbiar selama ini terbela semula
rahmat dan berkat dari Allah di dalam kehidupan sangat ketara
Segala-galanya Allah Taala mempermudah
Segala-galanya ditolong dan dibantu
Orang-orang yang keras hati dilembutkan hatinya
Yang terbiar agamanya, mereka sedar semula
Yang toleh menjadi soleh, yang soleh bertambah soleh
Fakir miskin ada sahaja yang memberi makan minum
Yang tidak berpakaian ada sahaja yang memberikannya
Mereka yang tidak ada tempat tinggal
Ada sahaja orang yang bertanggungjawab membinanya
Penjahat-penjahat dan perompak-perompak menjadi pembela
Maruah kaum wanita sangat dijaga
Bahkan maruah mereka sangat tinggi dan mulia
Tidak ada yang terzalim dan teraniaya
kanak-kanak dan anak-anak disayangi, para pemimpin dikasihi
Para ulama yang sejati dihormati
Orang-orang tua diberi simpati dan dimuliakan
Orang-orang jahjil diberi ilmu dengan percuma
Ilmu tidak ada lagi dijual beli
Orang-orang kaya pembela makan minum dan pakaian mereka
Para ulama pembela agama mereka
Para pemimpin pembela keadilan mereka
Pasukan keselamatan membela keselamatan mereka
Bahkan semua aspek kehidupan mereka dapat pembelaan
Begitulah berkatnya kedatangan penyelamat yang ditunjuk Tuhan
Ianya pasti berlaku di alaf baru ini
Khabar gembira buat kita semuanya

Jumaat, 28 Ogos 2009

PEMIMPIN PILIHAN TUHAN MENEGAKKAN KEADILAN

DENGAN NAMA ALLAH, MAHA PEMURAH, MAHA MENGASIHANI

700 tahun umat Islam menjadi empayar
Selama ini berbagai-bagai kerajaan yang berkuasa
Bersilih ganti
Disandarkan kerajaannya mengikut bani masing-masing
Daerah bertambah luas
Ilmu pengetahuan pesat berkembang dengan berbagai-bagai cabangnya
Bertambah ramai berbagai-bagai bangsa memeluk Islam
Tapi kerajaan atau pemerintahan yang adil boleh dibilang
Rasulullah SAW dan Khulafaur Rasyidin
Ditambah lagi Umar Ibnu Aziz, Salahuddin Al Ayubi, Muhammad Al Fateh
Ini menunjukkan keadilan sangat mahal
Hanya pemimpin pilihan Tuhan atau yang ada isyarat dari Tuhan sahaja
Yang boleh melakukan keadilan
Selain itu sekalipun ada yang boleh banyak beribadah
Namun untuk menegakkan keadilan sangat susah
Kerana keadilan itu sangat mahal
Satu sifat itu sahaja sudah mendekati taqwa
Pemimpin yang adil itu
Termasuk yang dapat perlindungan Tuhan di Padang Mahsyar
Di sini kita dapat tahu bahawa
Pemimpin yang adil itu datang sekali sekala
Yang ramai itu adalah pemimpin yang zalim
Yang melakukan sewenang-wenangnya di dalam pemerintahan
Yang beraja di nafsu dan beraja di mata
Yang bertindak mengikut rasa
Tidak kira dosa dan pahala
Tuhan redha atau Tuhan murka
Itu semuanya sudah tidak diambil kira

Sabtu, 15 Ogos 2009

PEMIMPIN KEBENARAN : WAKIL TUHAN DI MUKA BUMI

DENGAN NAMA ALLAH, MAHA PEMURAH, MAHA MENGASIHANI

Untuk mengisi era kebangkitan Islam di alaf baru ini, perlu dijelaskan kepada masyarakat tentang sejarah, pmikiran, dan peribadi pmimpin-pemimpin kebenaran sepanjang zaman. Sebab kebangkitan Islam sedang terjadi, menuju punck kegemilangnnya yang sudah sangat dekat. Umpama azan dan iqamat. Kebangkitan Islm berlangsung membawa perubahan dari segala yang berunsur jahiliah kepada cara hisp Isam. Namun kebangkitan Islam tidak akan sempurna dan berjaya tanpa hadirnya pemimpin yang benar-benar mengamalkan, mengajarkan dan menegakkan hukum-hukum Tuhan.

pemimpin adalah contoh dan lambang bgi msyarkt yang dipimpinya. Baik pemimpin, baiklah yang dipimpinnya. Jahat pemimpin, jahatlah yang dipimpinnya. Rasulullah SAW bersabda, terjemahannya:

"2 golongan dari umatku, apabila mereka baik, baiklah manusia dan apabila mereka rosak, rosaklah manusia. Itulah dia pemimpin dan ahli fiqh (ulama)."
(Riwayat Ibnul Abdul Barr dan Abu Naim)

Hari ini umat Islam mengenali pemimpin mereka sebgai orang atasan yang antara mereka hmpir-hmpir mstahil untuk bertemu mesra. Dalam mimpi pun tidak dapat pergi ke rumah pemimpin, palagi secara jaga. Kekayaan dn kemewahan pemimpin tiada tara. Pakaian, makanan , minuman dan kemudahan hidup pemimpin sangat jauh berbeza dari apa yang rakyat perolehi. Dengan kata lain, terdapat jurang pemisah yang sangt luas yng memisahkan pemimpin dengan rakyat. Hampir-hampir tidak ada katan apa pun antara pemimpin dengan rakyat yang dipimpinnya.

Kalau pun ada hanyalah secaa rasmi, pemimpin di atas pentas dan rakyat di bawah. Dalam kesempatan seperti ini, pemimpin akan berpidato yang sangat rasmi utu k menaikkan semangat rkyat atau pengikutnya. Pemimpin akanmembuat janji-janji manis untuk menarik simpati rakyat kepadanya. Di samping itu, akan diselitkan pelbagai jenis acaan yang membuat rakyat tkut kalau tidak taat kepadanya. Setelh selesai majlis, mereka akan berpisah dan saling melupakan seolah-olah tidak saling megenali di antara satu sama lin. Begitulah betuk kepimpinan di dunia jahiliah. Ia sebenarnya jawatan yang menjadikan seseorang itu terpisah dari masyarakatnya untuk menjalani kehidupan yang mewah dan mudah.

Dalam Islam, pemimpin adalah khadam umat. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

" Pemimpin sesuatu kaum iu ialah yang berkhidmat kepada mereka."
(Riwayat Al Hakim)

Menjadi pemimpin ertinya menjadi seorang yang berkhidmat kepada rakyat kerana Tuhan. Mereka seolah-olah menjadi bapa kepada anak-anak atau menjadi guru kepada murid-murid. Ertinya menjadi pemimpin bukannya bererti memegang jawatan tinggi dan bergaji besar, tetapi akan memikul tangungjawab yang berat. Seorang bapa tidak pernah kenyang sebelum anaknya kenyang. Seorng guru tidak akan membiarkan muridnya menghadapi masalah sendiri. Begitulah sepatutnya sikap seorang pemimpin. Dia tidak akan berlebih-lebihan dan membiarkan pengikutnya dalam kekurangan. Dia tidak akan bersenang lenang manakala pengikutnya dalam kesusahan.

Pemimpin ialah khalifah Allah, Pengganti Allah di muka bumi. Allah yang melantik dan menaikkannya. Ia bertanggungjawab untuk menjalankan dasar dan tujuan pemerintahan yang Allah tentukan. Kesemuanya telah termatub di dalam Al Quran dn Sunnah. Sebagai wakil Allah. Pemimpin-pemimpin itu adalah orang yang kenal dengan Allah, faham kehendak-kehendak-Nya, tahu tentang kerajaan Allah, faham dasar dan tujuan pemerintahan yang Allah tentukan, faham hukum-hukum yang datang dari Allah dn tahu melaksanakannya. Sewaktu melantik mereka, Allah seolah-olah berkata begini:

" Bumi ini Aku yng punya. Manusia-manusia tu hamba-Ku. Aku mahu bumi dan hamba-Ku dikelola, diurus, dididik, dipimpin dan dimakan sebaik-baiknya. Untuk itu, Aku lantik kamu menjadi wakil-Ku untuk menjalankan kerja-kerja pemerintahan seperti yang telah Aku tunjukkan dalam Al Quran da Hadis Nabi-Ku."

Mereka bertanggungjawab terhadap masyarakat untuk menjaankan kerja-kerja yang Allah perintahkan. Yakni berkhidmat memberi kasih sayang kepad rakyat, memimpin, mendidik, mengajar, mengelola, mengurs, menyelesaikan masalah mereka.

Allah mahukan kesemua hamba-hamba-Nya diurus dan dipimpin dengan baik agar kesemuanya mendapat layanan dan hak yang sepatutnya mereka dapat dari Allah SWT.

Jumaat, 31 Julai 2009

TANGGUNGJAWAB SETIAP PEMIMPIN UMAT ISLAM DI SETIAP GOLONGAN

DENGAN NAMA ALLAH, MAHA PEMURAH, MAHA MENGASIHANI

Apabila kita mengatakan pemimpin umat Islam, terbayang oleh kita bahawa mereka terbahagi menjadi berbagai peringkat dan pemimpin di berbagai jurusan dan bidang. Di kalangan mereka ada yang menjadi pemimpin empayar, pemimpin negara, pemimpin daerah, pemimpin kampung, pemimpin tentera, pemimpin politik, pemimpin dakwah, pemimpin budaya dan kesenian, pemimpin pendidikan, pemimpin ekonomi, pemimpin pemuda, pemimpin rumahtangga dan lain-lain.

Ertinya pemimpin di kalangan umat Islam itu, ada pemimpin besar dan ada pemimpin kecil, ada pemimpin khusus dan pemimpin umum. Ada pemimpin terbatas, di mana selain dia memimpin, dia juga dipimpin. Yang dikategorikan dalam pemimpin umum adalah pemimpin empayar, pemimpin negara, sedangkan pemimpin khusus seperti pemimpin pendidikan, pemimpin tentera , pemimpin rumahtangga dan lain-lain.

Di bawah kepimpinan dan tanggungjawab pemimpin umum ada bermacam-macam golongan, peringkat dan profesyen. Sedangkan di bawah tanggungjawab dan kepimpinan pemimpin khusus hanya satu golongan sahaja kerana golongan itu hanya memperjuangkan satu bidang sahaja. Mungkin ruang lingkupnya seperti ketenteraan. Sudah tentu melibatkan seluruh negara atau empayar tetapi terbatas dalam bidang ketenteraan sahaja.

Sedangkan bagi pemimpin umum, walaupun di bawah kepimpinannya pelbagai lapisan masyarakat, pelbagai profesyen, pelbagai bidang dan aspek yang hendak difikirkan.

Setelah kita mengetahui bahawa pemimpin dan kepimpinan di dalam Islam itu ada pelbagai peringkat, ada yang besar, ada yang kecil, ada yang umum dan ada yang khusus, di sini kita akan membahas apa tanggungjawab setiap pemimpin itu.

Di dalam tulisan ini, tidak akan dibahaskan tanggungjwab pemimpin Islam secara luas dan menyeluruh, kerana akan menjadi terlalu panjang. Di sini hanya akan dibahas, di peringkat mana pun pemimpin itu memimpin, ada 2 perkara yang wajib dipertanggungjawabkan oleh pemimpin Islam kepada rakyat atau pengikutnya iaitu tanggungjawab terhadap agama dan akhlak rakyat atau pengikutnya.

Setiap pemimpin di Akhirat kelak akan ditanya oleh Allah SWT tentang setiap orang di bawah pimpinannya. Di dalam ajaran Islam, masalah agama terutama di bidang fardhu ain harus diketahui, dihayati dan diamalkan oleh setiap mukallaf. Oleh itu siapa sahaja yang menjadi pemimpin, dia juga bertanggungjawab memastikan tentang agama dan akhlak utuk kelamatan bersama dunia dan Akhirat.

Tidak seperti di bidang fardhu kifayah, seperti ketenteraan, ekonomi dan pertanian, di mana jika sudah ada satu golongan yang berkecimpung di bidang itu dan mencukupi untuk keperluan agama, maka sudah memadai. Orang lain yang tidak mengambil bahagian di bidang itu terlepas dari dosa. Sedangkan mengetahui halal dan haram serta akhlak yang mulia, iaitu memiliki sifat mahmudah, seperti adil, jujur, tawadhuk, pemurah, kasih sayang, sabar, redha, tawakal, bertolak ansur, lapang dada, pemaaf, meminta maaf dan amanah, diwajibkan bagi setiap orang, baik pemimpin, mahu pun bukan pemimpin.

Setiap pemimpin tidak boleh hanya bertanggungjawab pada nidangnya sahaja, seperti pemimpin tentera maka tanggungjawabnya hanya pada ketenteraan saja, sedangkan soal agama dan akhlak adalah tanggungjawab ulama, ustaz, pendakwah atau pemimpin dakwah. Allah dan Rasul tidak mengkehendaki demikian.

Di akhir zaman ini, disitulah kelemahan umat Islam, di mana pemimpin itu hanya bertanggungjawab di bidangnya sahaja. Terhadap agama dan akhlak banyak di klaangn mereka memandang ringan. Itulah rahsianya mengapa setiap golongan susah disatukan antara satu sama lain. Hati berjauhan walaupun tidak bertengkar, kerana tali pengikat di kalangan umat Islam, yakni agama dan akhlak mereka sudah diputuskan. Kalau pun ada, sudah hampir putus.

Padahal yang dikehendaki Islam, setiap orang, apa pun pekerjaannya, terhadap agama dan akhlak mesti sama kerana itu adalah keperluan bersama. Kalau setiap pemimpin memerhatikan
didikan agama dan akhlak terhadap tanggungan mereka dan mendidik mereka ke arah itu, maka akan lahirlah pekerja, rakyat, pengikut golongan yang taat kepada Allah, berdisiplin dan berakhlak mulia.

Dengan cara itu akan dapat dilihat bahawa semua golongan umat Islam dari segi peribadi dan individunya sama, selaras bersatu. Dapat melahirkan syiar dan akhlak mulia yang sama, walaupun mereka pakar di dalam bidang dan profesyen yang berbeza.

Apakah ada umat islam yang berfikir bahawa ketaatan beragama, berdisiplin dan mempunyai akhlak mulia itu hanya diperlukan oleh guru-guru agama, para ustaz, alim ulama sedangkan yang lain tidak perlu? Apakah sifat jujur, pemurah, kasih sayang, amanah dan lain-lain sifat mahmudah hanya untuk ahli agama. Golongan lain tidak perlu?

Apakah ada di kalangan umat Islam berfikir jika taat kepada agama dan berakhlak mulia akan merugikan umat Islam dan manusia seluruhnya? Apakah dengan beragama dan berakhlak mulia akan membawa kemunduran dan kegagalan?

Sebenarnya kepatuhan pada agama itulah menjadikan umat Islam berdisiplin. Akan memperindah dan memperbaiki bidang dan profesyen setiap golongan. Di situlah kemuliaan dan kehormatan umat Islam. kalau ada sifat ini, bukan sahaja Allah dan Rasul suka, tetapi akan dihormati oleh seluruh umat manusia termasuk yang bukan Islam kerana akhlak mulia itu bersifat global. Semua manusa boleh menerima, suka dan senang.

Umat Islam di zaman salafussoleh memepunyai kepakaran dan kepandaian yang erlainan di dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Ada pakar tafsir, pakar hadis, pakar fiqh, pakar sejarah, pakar akidah, pakar falsafah, pakar perubatan, pakar sains, pakar ekonomi, pakar perang tetapi dari segi agama iaitu ketaatan kepada Allah dan Rasul, disiplin hidup serta akhlak mulia mereka sama-sama terlihat nyata, sama-sama hebat dan sama-sama kuat. Syiar Islam sangat menonjol dan dapat dilihat di dalam semua keperluan.

Sedangkan mereka di bidang fardhu kifayah mereka mempunyai kepakaran yang tersendiri, mempunyai bidang yang berlainan. Mengapa terjadi demikian? Kerana didikan agama dan akhlak kepada semua golongan itu adalah sama. Sama-sama dititikberatkan. Faktor penting di dalam kejayaan mereka ini adalah wujudnya faktor pemimpin yang berjaya memimpin mereka berteraskan cintakan Tuhan dan Akhirat. Dan dengan itu, mereka menjadi mulia dan menjadi masyarakat yang agung sepanjang kehidupan manusia.

Khamis, 30 Julai 2009

300 TAHUN YANG ISTIMEWA


DENGAN NAMA ALLAH, MAHA PEMURAH, MAHA MENGASIHANI




Tiga ratus tahun ini dalah kurun-kurun yang istimewa. Bermula dari kerasulan Rasulullah SAW dan sekitar 300 tahun dari baginda, muncul umat yang diisyaratkan oleh Hadis sebagai umat terbaik dalam sejarah peradaban manusia. Sabda baginda:


" Sebaik-baik manusia ialah yang dikurunku, dan mereka yang mengiringi (kurunku), dan mereka yang mengiringi (kurun itu)." Hadis riwayat Ahmad, Al Bukhari, Muslim dan At Tarmizi.


Walaupun selepas zaman khulafa'ur Rasyidin, sesetengah khalifah yang naik silih ganti telah agak rosak keperibadiannya, namun umat Islam dalam kurun-kurun istimewa ini majoritinya soleh dan bertaqwa.


Menjelang ke penghujung era 300 tahun ini, ketaqwaan umat mula menurun. Petandanya ialah tamadun rohaniah yang dibangunkan oleh Rasul SAW dan disambung oleh Khulafa'ur Rasyidin semakin menurun. Budaya ilmu kian pesat khususnya di zaman pemerintahan Abbassiyah tapi budaya amal kian merosot. Inilah 300 tahun yang diisyaratkan Hadis.


Seratus tahun pertama- (13 Sebelum Hijrah hingga 87 Hijrah)

Zaman Rasulullah (13 S.H - 11 H)

Zaman Khulafa'ur Rasyidin (11 H - 40 H)

Pemerintahan Bani Umayyah hingga Khalifah Al Walid


Seratus tahun kedua- ( 88 H - 187 H)

Pemerintahan Bani Umayyah bermula dari Al Walid

Pemerintahan Bani Abbasiah hingga Khalifah Harun Al Rasyid


Seratus tahun ketiga- ( 188 H - 287 H)

Pemerintahan Bani Abbasiah bermula dari Khalifah Harun Al Rasyid hingga Khalifah Al Mu'tadid (279 H - 289 H)


Selepas 300 tahun ini, tamadun Islam mula malap walaupun baranya tidak padam. Bara api Islam menyala sekali-sekala apabila bangkit pemimpin bertaqwa seperti Salahuddin Al Ayubi dan Muhammad Al Fateh. Namun empayar Islam bertaraf global tidak muncul lagi. Pemerintahan Islam terpecah-pecah kepada kerajaan-kerajaan berasingan seperti kerajaan Islam Sepanyol, Kerajaan Fatimiyah Mesir, Kerajaan Monggol di Asia Tengah dan India, Empayar Timuriah, Emapayar Turki Usmaniyah dan kerajaan-kerajaan Islam Alam Melayu.


Kini kesedaran Islam melanda seluruh dunia. Tanda-tanda akan tertegaknya semula keagungan tamadun Islam mula kelihatan. Ini ditandai oleh pembangunan lahiriah dan rohaniah yang naik seiring.

Selasa, 28 Julai 2009

BAGAIMANA RUNTUHNYA TAMADUN ISLAM


DENGAN NAMA ALLAH, MAHA PEMURAH, MAHA MENGASIHANI



Runtuhnya tamadun Islam yang dibangunkan asasnya oleh Rasul SAW, para Sahabat, salafussoleh dan pemimpin -pemimpin bertaqwa seperti Muhammad Al Fateh, bukanlah disebabkan faktor luar. Tamadun Islam runtuh apabila umat Islam telah dihinggapi penyakit "al wahan" iaitu cinta dunia dan takut mati.


Lemahnya iman ini pula bermula dari pengabaian dan kerosakan institusi pendidikan Islam secara formal, lebih-lebih lagi yang tidak formal yang turut ditimpa penyakit "al wahan".


Bila hati ketandusan iman, manusia mengejar kemajuan tidak lagi atas dorongan iman tetapi atas dorongan fitrah akal dan nafsu semata-mata. Dengan kata lain,, bukan "line' taqwa yang mereka susuri tetapi line "quwwah" (kekuatan lahir). Oleh kerana itu, Allah tidak bantu usaha-usaha mereka. Akhirnya keruntuhan tamadun rohaniah turut menyebabkan keruntuhan tamadun lahiriah. Sebab itulahnkita liahat kehancuran berlaku pada empayar Islam dihujung-hujung kegemilangannya. Tamadun rohaniah mereka runtuh, akhirnya tamadun lahiriah mereka juga runtuh. Allah berfirman yang bermaksud :


" Dia mendapat kerugian di dunia dan Akhirat; itulah kerugian yang nyata." (Al Haj:11)

Selasa, 21 Julai 2009

SIAPA LAYAK BANGUNKAN TAMADUN ISLAM?

DENGAN NAMA ALLAH, MAHA PEMURAH, MAHA MENGASIHANI

Tamadun Islam hanya akan tertegak apabila tertegaknya hukum-hukum Allah. Hukum-hukum Allah hanya boleh ditegakkan oleh orang-orang beriman dan bertaqwa. Oleh itu, faktor iman dan taqwa penting ke arah menegakkan tamadun Islam. Dengan erti kata lain, hanya orang yang bertaqwa yang paling layak menegakkan tamadun Islam.

Kemuncak tamadun Islam berlaku di zaman Rasulullah SAW; dibangunkan oleh baginda bresama-sama para Sahabat dengan petunjuk wahyu. Mereka lahir sebagai umat terbaik dan paling bertaqwa. Rasulullah mengesahkan ini dengan sabdanya:

" Sebaik-baik manusia ialah mereka yang dikurunku, dan mereka yang mengiringi kurunku dan mereka yang mengiringi kurun itu."

Zaman Rasulullah SAW dan sekitar 3 kurun selepasnya (zaman salafussoleh) adalah zaman paling agung dalam sejarah peradaban manusia. Di zaman Rasulullah SAW. tamadun rohaniah berada di kemuncaknya. Keagungan itu disambung oleh Kerajaan Bani umayyah dan Bani Abbasiah. namun sewaktu tertegaknya kedua-dua kerajaan itu, tamadun rohaniah mula mengalami kemerosotan walaupun tamadun lahiriah terus melonjak tinggi dan sampai ke kemuncaknya.

Persoalan ini mungkin timbul: Kenapa tamadun lahiriah tidak menonjol di zaman Rasulullah SAW? Tidak ada bangunan-bangunan indah dan gagah dibangunkan. Tidak ada projek-projek infrastuktur yang canggih. Tidak lahir pusat pengajian tinggi yang mengajar pelbagai bidang ilmu.

Hali ini berlaku kerana tamadun lahiriah berkembang mengikut keperluan. Di zaman Rasulullah SAW, masjid dibangunkan seadanya dan mencukupi untuk menampung bilangan umat Islam yang belum begitu ramai. Masjid juga menjadi pusat ilmu kerana di situlah Rasulullah SAW sering menyampaikan wahyu yang diterimanya dan mendidik umat. Tidak ada universiti bukan bererti ilmu tidak tinggi. Tetapi pada ketika itu, ilmu lebih bersifat amali; ia menjadi pakaian peribadi, belum terhurai dalam bentuk tulisan di dalam kitab-kitab. Rasulullah SAW menjadi "Al Quran hidup" dan para Sahabat menjadi "Universiti bergerak" yang dapat ditimba ilmunya oleh orang-orang yang bergaul dan melihat keperibadiannya.

Di zaman Rasulullah SAW juga, ilmu belum berkembang kepada banyak bidang dan cabangnya. Ilmu teras lebih menonjol daripada ilmu alat kerana begitu mudahnya melihat "praktikal" itu dalam kehidupan sehari-hari. Para Sahabat mendapat didikan langsung daripada Rasul SAW sebagai mahaguru. Apa yang diperolehi dari Rasulullah terus diamalkan dan disevarkan dari mulut ke mulut. Secara itulah Islam berkembang waktu itu. Dan secara itulah Rasul SAW mendidik umat Arab jahiliah dan membawa mereka keluar dari kejahilan hingga muncul sebagai umat terbaik.

Selepas zaman Rasul SAW dan para Sahabat, tamadun rohaniah mula menuju kemunduran. Terutama selepas zaman salafussoleh. Semakin jauh dari Rasulullah, kekuatan taqwa umat semakin menurun. Walaupun tertegaknya tamadun Islam atas dorongan iman, namun tamadun lahiriah lebih tertonjol daripada tamadun rohaniah.

Tamadun rohaniah menuju kehancuran menjelang kejatuhan Baghdad di tangan bangsa Monggol pada tahun 1258M. Namun ia tidak terus pupus. Ia umpama bara api yang menyala-nyala sekali-sekala bila dihembus angin. Begitulah dengan tamadun Islam, sekali-sekala ia bangun semula dalam sifat yang tidak global iaitu bilamana lahir pemimpin yang bertaqwa seperti Salahuddin Al Ayubi dan Muhammad Al Fateh.