Jumaat, 28 Ogos 2009

PEMIMPIN PILIHAN TUHAN MENEGAKKAN KEADILAN

DENGAN NAMA ALLAH, MAHA PEMURAH, MAHA MENGASIHANI

700 tahun umat Islam menjadi empayar
Selama ini berbagai-bagai kerajaan yang berkuasa
Bersilih ganti
Disandarkan kerajaannya mengikut bani masing-masing
Daerah bertambah luas
Ilmu pengetahuan pesat berkembang dengan berbagai-bagai cabangnya
Bertambah ramai berbagai-bagai bangsa memeluk Islam
Tapi kerajaan atau pemerintahan yang adil boleh dibilang
Rasulullah SAW dan Khulafaur Rasyidin
Ditambah lagi Umar Ibnu Aziz, Salahuddin Al Ayubi, Muhammad Al Fateh
Ini menunjukkan keadilan sangat mahal
Hanya pemimpin pilihan Tuhan atau yang ada isyarat dari Tuhan sahaja
Yang boleh melakukan keadilan
Selain itu sekalipun ada yang boleh banyak beribadah
Namun untuk menegakkan keadilan sangat susah
Kerana keadilan itu sangat mahal
Satu sifat itu sahaja sudah mendekati taqwa
Pemimpin yang adil itu
Termasuk yang dapat perlindungan Tuhan di Padang Mahsyar
Di sini kita dapat tahu bahawa
Pemimpin yang adil itu datang sekali sekala
Yang ramai itu adalah pemimpin yang zalim
Yang melakukan sewenang-wenangnya di dalam pemerintahan
Yang beraja di nafsu dan beraja di mata
Yang bertindak mengikut rasa
Tidak kira dosa dan pahala
Tuhan redha atau Tuhan murka
Itu semuanya sudah tidak diambil kira

Tiada ulasan: